Wednesday 17 October 2012

Taklimat dan pengoperasian VRF


Satu taklimat dan pengoperasian VRF telah diadakan di Kolej Komuniti Hulu Langat pada 17 Oktober 2012. Taklimat in diberi oleh En. Mohd Tasyrif Bin Mohd Talhah dari Mitsubishi Electric Group. Program ini dimulakan dengan persembahan slide dari powerpoint oleh beliau dan diikuti dengan lawatan tapak ke unit VRF di bengkel Kolej Komuniti Hulu Langat. Banyak input yang kami dapat dari taklimat dan pengoperasian VRF ini. Diharap taklimat ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. 


























































Inovasi PPU

Pertandingan dan pameran inovasi dalam P&P telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 21 September 2012 di Kolej Komuniti Hulu Langat. Pertandingan ini diadakan sempena program KK2U dan hari keusahawanan wilayah Selangor. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat sahaja. Pertandingan inovasi ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama ahli kumpulan dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif dalam mencipta sesuatu produk. Pertandingan ini dimenangi oleh pelajar dari SMK 3 dengan tajuk inovasi Mini Cold Room & Ice Skating. Pensyarah pengiring ialah En Mohd Asrul Affendi dan En Shafri. Tempat kedua dimenangi oleh pensyarah PPU sendiri iaitu En Muhammad Idris dengan tajuk inovasi Simulasi Air Cooled Package. Tempat ketiga dimenangi oleh pelajar SMK 3 juga dengan tajuk inovasi Simulasi Kitaran Asas Penyejukan. Pensyarah pengiring ialah Pn Fardanadia Bt Sulaiman.