Tuesday, 24 July 2012

Kursus Acson aircond CIDB

Kolej Komuniti Hulu Langat sekali lagi mengadakan program kebolehpasaran graduan kursus Acson aircond dengan kerjasama Aspirasi Optima dan CIDB. Kursus berlangsung selama 6 hari dari 10-15 Julai 2012. Seramai 9 orang pelajar telah dihantar untuk mengikuti program ini. Pelajar yang lulus dalam penilaian akan mendapat sijil kemahiran kecekapan tahap 2 dari CIDB dan juga sijil penghargaan dari Acson.


















Wednesday, 2 May 2012

ACSON Air Conditioning Training

Salam, ACSON Air Conditioning Training telah diadakan di Akademi Binaan Malaysia jalan Chan Sow Lin Cheras. Program ini telah dijalankan selama 6 hari bermula 17-22 Oktober 2011. Peserta terdiri dari pelajar-pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Rompin. Program ini dianjurkan oleh Aspirasi Optima Sdn Bhd dengan kerjasama dari ACSON (M) Sdn Bhd dan Akademi Binaan Malaysia. Pelajar-pelajar ini mendapat sijil penyertaan dari Aspirasi Optima, Sijil Penghargaan dari ACSON dan Sijil Kecekapan Kemahiran dari CIDB.

Friday, 7 October 2011

Program Latihan 1Malaysia

Salam satu Malaysia..Kolej Komuniti Hulu Langat akan dan sedang mengadakan Program Latihan 1Malaysia yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia yg berumur 16 tahun ke atas..Kluster PPU akan mengadakan kursus Menservis dan Troubleshooting Aircond Domestik, kursus Pemasangan Aircond Domestik dan kursus Menservis Aircond Kenderaan..Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web kolej untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut di www.kkhl.edu.my atau hubungi kolej di talian 03-87370037.


Tuesday, 19 July 2011

Product From MR GREEN

Salam satu Malaysia..
Saya terjumpa laman web ni yg menawarkan perkhidmatan menservis menggunakan produk mereka sendiri..atau kata lain menservis dengan tidak menggunakan chemical coil cleaner yg biasa kita guna..so sapa2 yg berminat boleh la mencuba ek..lepas tu cerita la keberkesanannya..







Sunday, 19 June 2011

Kursus menservis aircond dan trouble shooting

Alhamdulillah selesai sudah kursus menservis dan trouble shooting aircond di Kolej Komuniti Hulu Langat pada 18 dan 19 Jun 2011.Semoga kita berjumpa lagi pada kursus-kursus lain akan datang.












Monday, 13 June 2011

Kedai Hardware atau Supplier barang Aircond

Salam,ramai yang bertanya di manakah untuk membeli barang-barang atau spare parts aircond..insyaAllah saya akan berikan laman web syarikat tersebut.





Friday, 10 June 2011

Underground Chilled Water Pipe Pictures

Koleksi gambar-gambar pemasangan chilled water pipe underground di Johor State New Administrative Centre (JSNAC) di Nusajaya Johor.Rindu sangat kerja-kerja camni..kawan ramai,byk pengalaman..masa yg lepas takkan kembali..life must goes on..






Ni tgh buat jacketing pada chilled water pipe setelah siap welding


Pekerja yg pakai cap tu kontraktor fire fighting ke BCS saya pn dh lupa.Dia tumpang pasang GI pipe untuk sambung signal dr west ke east wing








Ni time kritikal sebab paip dh sampai hujung,tinggal lagi nak welding 'U' je belum lagi..





Ini bukan site yg saya pasang aircond.Ini site sebelah iaitu Dewan Undangan Negeri Johor.



Ini pn bukan site yg saya pasang aircond.Ini site belakang iaitu Pejabat Menteri Besar Johor.