Wednesday 30 March 2011

FAQs on Airconditioning

Berikut ialah soalan2 lazim yang selalu ditanya berkenaan aircond..diharap dapat membantu sedikit sebanyak..

1)Soalan:Apakah suhu yg sesuai untuk kita laras pada aircond?
Jawapan: Suhu yg sesuai adalah pada suhu bilik iaitu 24oC,pakar aircond menyatakan pada suhu 20oC - 25oC adalah 'comfort zone' atau zon selesa dan 'relative humidity'(RH) atau kelembapan bandingan sekitar 40%-60%

2)Soalan:Sesetengah orang ada yg terasa sejuk dan terasa panas walaupun duduk di dalam bilik yang sama.
Jawapan: Rasa sejuk atau panas itu bergantung pada metabolism dan aktiviti individu tersebut.Jika terlalu byk bergerak sudah tentu kt merasa tidak selesa dan panas berbanding org yg duduk shj di dalam bilik yg sama.Bagaimanapun suhu adalah 'maintain' pada setiap sudut bilik kita..Oleh itu hendaklah membuat 'balancing' pada pengudaraan supaya setiap ruang di dalam bilik sejuk.

3)Soalan:Bolehkah kita membuka pintu bilik ketika aircond sedang berfungsi?
Jawapan:Pintu yg terbuka akan membuatkan udara sejuk keluar,seterusnya meningkatkan keupayaan aircond utk terus berfungsi..bagaimanapun sebagai penyelesaian jika hendak membuka pintu dlm jangka masa yg lama ialah dgn memasang 'air curtain'utk mengelakkan udara sejuk keluar.


4)Soalan:Bolehkah kita menggunakan split unit di 'operation theatres' (OT)atau bilik bedah di hospital
Jawapan:Adalah penting pesakit di hospital tidak mendapat jangkitan,kerana split unit mengguna semula udara di dalam bilik tersebut..jika kita menggunakan split unit kebarangkalian untuk pesakit mendapat jangkitan dr kerja2 pembedahan yg terdahulu adalah tinggi..Packaged unit dan central unit adalah yg paling baik dan sesuai utk bilik bedah.

5)Soalan: Bagaimana utk memastikan bilik bedah atau ICU mendapat udara yg bersih?
Jawapan:Bakteria biasanya adalah 1 mikron..utk memastikan bakteria terhalang dr memasuki bilik tersebut kt hendaklah memasang 'filter'atau penapis bersaiz 0.3 mikron..adalah penting utk mengira jumlah udara yg memasuki penapis supaya bakteria dapat ditapis.

6)Soalan: Apakah suhu yg sesuai di dalam bilik bedah?
Jawapan: Suhu yg sesuai di dalam bilik bedah ialah 21oC-22oC,ini kerana baju doktor yg tebal dan operasi bedah yg akan dijalankan..suhu di kawasan sekitar ialah 24oC


Soalan2 lain akan menyusul kemudian..wassalam.


No comments:

Post a Comment